Thursday 26 October 2017

SIMULASI PERTANDINGAN MEMANAH PEGAWAI KESSUMA JAKIM DI SMA MAIWP

Seramai 14 orang pegawai KESSUMA JAKIM telah mengambil bahagian dalam simulasi pertandingan memanah yang diadakan di SMA MAIWP baru-baru ini.  Simulasi yang dikendalikan oleh pihak SMA MAIWP itu bagi mendedahkan kepada mereka kaedah pemanahan dan pengadilan bagi kategori recurve dan tradisional.


 Ustaz Syukri Bin Mohd  Arof, pengadil memanah Wilayah Persekutuan sedang memberikan penerangan kepada para pegawai.


Simulasi memanah tradisional oleh Tn. Hj Nor Azam Bin Abdullah. Pengetua SMA MAIWP.


Para pelajar juga turut membantu bagi melancakaran perjalanan simulasi pertandingan memanah.



Program Teknik Menjawab Subjek Matematik Tambahan

SMA MAIWP dengan kerjasama Maktab Tentera Darat ( MTD ) telah berjaya mengadakan  Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan kepada para pelajar dengan jayanya. Program telah dijalankan di Qaah al-Qardhawi, SMA MAIWP pada 25 Oktober 2017. Program ini memfokuskan kaedah menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  ( SPM ) bagi Subjek Matematik Tambahan.


Pn. Rohaiza Binti Ramli, Guru Panitia Matematik Tambahan SMA MAIWP memberi cenderamata kepada penceramah jemputan.


Para pelajar sedang fokus dengan apa yang disampaikan oleh penceramah.



Para peserta sempat bergambar bersama penceramah setelah selesai program.

Monday 23 October 2017

SIMPOSIUM KEBANGSAAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 2017





Pada 24 Oktober 2017, Pengetua SMA MAIWP, Tn.Hj Nor Azam Bin Abdullah dan Ustaz Ahmad Fakruddin Bin Razali mewakili SMA MAIWP telah menghadiri  program Simposium Kebangsaan Kecemerlangan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 2017. Program anjuran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr.Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tema yang dibawakan pada tahun ini ialah "Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam Mendepani Cabaran dan Harapan". 

Sunday 22 October 2017

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ( TINGKATAN 1 & 2 ) 2017


Tarikh : 23 Oktober 2017 ( Isnin )  hingga 27 Oktober 2017 ( Jumaat )
Tempat : Kelas masing-masing






Klik gambar di atas untuk info lanjut.

Friday 13 October 2017

Ucapan Takziah

Hari ini dikejutkan dengan berita kematian ibu mertua kepada  Ustaz Ahmad Fakruddin Bin Razali  pada awal pagi tadi. Jenazah disolatkan di Masjid As-Syakirin, Jalan Gombak selepas Solat Jumaat sebentar tadi. Sama-samalah kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat ibu mertua beliau.

                         اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

               Warga SMA MAIWP merakamkan ucapan takziah kepada beliau dan keluarga.  



Sumbangan daripada pihak sekolah disampaikan oleh Pengetua SMA MAWIP
 Tn.Hj Nor Azam Bin Abdullah

Thursday 12 October 2017

Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT 3 ) Tamat

Alhamdulillah, seramai 138 calon Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT 3 ) SMA MAIWP telah berjaya menamatkan peperiksaan tersebut dengan jayanya semalam. Peperiksaan yang berlangsung selama 4 hari bermula Isnin hingga Khamis itu telah diadakan di Qa'ah al-Qardhawi, SMA MAIWP. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan yang terbaik buat anak-anak SMA MAIWP.




Para pelajar melakukan sujud syukur setelah selesai menjawab kertas soalan terakhir
 Usul al-Din semalam.


Wednesday 11 October 2017

Didoakan semoga para pelajar SMA-MAIWP yang sedang menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) 2017 dapat menjawab dengan baik dan cemerlang. 
بالتوفيق والنجاح